web counter The Madness of MokcikNab: The Last Meow
The Madness of MokcikNab
Motives, movements and melodrama in the life of a thirty something mum.


Thursday, December 02, 2004
The Last Meow

My deepest condolences to Peanut, whose cat, Toi has now joined others in feline heaven. Ray, who has yet to recover from the shock of losing her own cat four years ago, sent me this e-mail*.

Rakan-rakan wartawan, susahawan, rupawan dan jutawan (Did I miss out

on anyone here?), semalam saya dimaklumkan tentang berita sedih
kematian kucing kawan baik saya. Toi, the cat telah 'pulang ke
rahmatullah' disebabkan kanser perut. Bagi sesiapa yang tidak prihatin
tentang penyakit kucing, kucing pun boleh dapat kanser tau, bukan
manusia sahaja.

Bagi rakan-rakan yang beragama Islam, sebagai seorang Muslim, anda
tidak dianjurkan untuk membaca Al-Fatihah utk kucing, so jangan lebih-
lebih pulak okay.

Sebelum e-mel ini dihantar, satu keinsafan meresapi di dalam minda -
setiap yang hidup pasti merasai mati. Sesiapa pun yang mungkin
dahulunya gagah perkasa, lambat laun akan longlai juga akhirnya.
Itulah hakikat kehidupan, yang diperlihatkan bagi mereka yang berfikir.

Itu sahaja pesanan penaja anda. Penat membebel, saya telah menulis
satu pantun, khas untuk tatapan anda semua. Ini copyright okay, so
jangan jual pantun ini pada sesiapa. Kalau nak print dan bawa balik
untuk dibaca bersama kucing anda, takpe.


Toi Kucingku
-------------

Matamu bersinar bila merayu
Meminta makanan kegemaranmu
Di dalam mangkuk di atas lantai
Di tempatmu selalu bersantai


Kini kau tiada lagi
Meninggalkan aku sepi sendiri
10 tahun kita bersama
Kini berpisah jua akhirnya


Kucing-kucing di jalanan
Di tepi longkang, di bawah jambatan
Semua turut tumpang simpati
Pemergian mu ini amat dirasai


Damailah diri mu di sana
Aman dari sengsara dunia
Kenangan bersama mu akan ku simpan
Di dalam catatan sebuah kehidupan
Someone please send Ray another cat, (or even better, some money) before she writes any more poems.

In the meantime, the both of us (since another, ehem, famous cat mourner has other interesting plans) will try to console Peanut with food and cigarettes, or at least one of these things. If this doesn't work, we might just have to play badminton, which does no one any good, except Ray, since she's the only one who knows how to play a decent game.

*I am assuming most of my readers can understand Bahasa Malaysia. If you can't, let me tell you that it's a half-way silly e-mail anyway. However, if you're really curious, e-mail me and I will ask Ray (hahaha) to translate it into English for you.



........................................................................................................


Comments: Post a Comment